REMAJA - Radikal, Emosional, Manja, Aktif, Jaguh dan Agresif adalah antara sifat-sifat menonjol remaja. Remaja juga merupakan harapan kepada negara; bakal mencorakkan masa depan negara. Banyak dibicarakan tentang keruntuhan akhlak dan sosial remaja; namun kurang dibicarakan tentang sebahagian besar remaja yang berjaya mencorak kehidupan apabila dewasa. Negara perlu membentuk remaja, modal insan yang cukup berharga ini. Remaja mampu memimpin remaja. Remaja mampu dilonjakkan potensinya ke tahap gemilang kiranya pendekatan dan pendidikan yang menyeluruh diaplikasikan dalam bentuk akal, jasad dan roh.

5 Syarat untuk Bermaksiat

Bismillahirrahmanirrahim


Silakan bermaksiat sesuka hatimu setelah yakin mampu laksanakan 5 syarat ini:

1. Kalau nak bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-Nya

2. Kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya

3. Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!

4. Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'

5. Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya


Boleh? Kalau tak boleh bertaubatlah... Allah dah tentukan masanya untuk kita becinta nanti... sabar tu pelindung diri kita. Kalau nak juga couple, akak sarankan doalah pada Allah SWT supaya lindungi diri dari syaitan dari kalangan jin & manusia. Bukan minta sekali/2 kali saja tau! Tapi setiap kali perasaan tu datang ketuk-ketuk hati kita..

Lelaki/permpuan tu boleh bagi ke nikmat-nikmat yg Allah bagi? Boleh? Tak boleh! Kenapa masih nak lawan Allah SWT dengan menggunakan nikmat yang Dia bagi hanya untuk lelaki yang sekadar memberimu janji palsu? Dia pun mak ayah yang tanggung lagi...aduhai adik-adikku... 


~Kembalilah ke JALAN TUHANmu..DIA akan menJAGAmu!~

Sekolah untuk wanita mengandung....Adakah releven?

بسم الله الرمن الرحيم دان السلام عليكم
kepada pembaca setia blog KRJ batu Pahat harap adik-adik, pakcik pakcik, pramugari dan pramugara yang ana kasihi semoga ukhwah berkekalan di atas jalan yang di redhai. Iman mendorong seseorang itu berfikir membuat segala perlakuan sebab itulah di dalam di definisi iman ialah ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan amalan. namun begitu dalam isu remaja sekarang ana kurang pasti kita ini adakah kurang iman atau tiada iman? dan inilah yang menimbukan kerisauan anatara kita. Oleh itu ana begitu terkejut kerana ada pihak ingin membuat sekolah untuk pelajar-pelajar yang mengandung...Baca lah artikel di bawah dan ana harapkan feedback dari anda semua..

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.


Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.


"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.


Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.


Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.


"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.


Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.


"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.

Happy Birthday

Click image to enlarge.


Bayi Tong Sampah

Assalamualaikum pembuka bicara.

Sebelum bayi ini dibuang, pastilah si ibu mengendong perutnya yang semakin hari semakin membesar seorang diri. Si ibu dan si bapa buntu!

Sebelum si ibu mengandung, pastilah si ibu dan si bapa melakukan perhubungan. Kalau tak, macamana boleh mengandung?! Seronok buat! Gembira belai membelai. Demi cinta!

Sebelum melakukan hubungan, pastinya mereka saling mencintai. Hanya keluar berdua. Hanya berpimpin tangan. Hanya dan hanya dan hanya. "Kami tak buat apa-apapun, couple je!"

Sebelum couple, si bapa mengorat si ibu. Mula-mula si ibu tolak, tetapi si bapa pandai menggoda. Akhirnya si ibu suka pada si bapa. Si bapa seronok! Si ibu pun seronok! Ada orang mencintai dia.

Sebelum mengorat dan dingorat, berkali-kali dinasihatkan, tak payahlah bercinta. "Rileklah, bukannya aku nak buat maksiatpun. Aku jaga dia elok-elok."

------

Akhirnya terlanjur, tiada lagi sebelum kerana selepas bersetubuh tanpa kahwin, anda sudahpun melahirkan anak tanpa bapa. Anda menzalimi anak-anak anda, bahkan menzalimi diri sendiri. Kerana ianya bermula dengan COUPLE!


Bayi Tong Sampah
Oleh Iskandar Shah Mohamed (30/6)
iskandar@hmetro.com.my

SEREMBAN: “Pilunya hati saya apabila melihat keadaan bayi menggigil kesejukan, terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas kertas surat khabar,” kata Maideen Machapu, 42, pemandu lori syarikat kontraktor pemungut sampah yang menemui seorang bayi lelaki, semalam.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, bayi lelaki dipercayai baru lahir dan masih hidup ditemui terbaring atas tong sampah di ruang membuang sampah rumah di Taman Sri Pulai 3, Sikamat.

Bayi malang berpakaian lengkap itu dikatakan hampir terjatuh sebelum diangkat
beberapa jiran berdekatan yang turut tersentak menyaksikan kejadian terbabit.
Maideen berkata, dia berada dalam lori dan terkejut apabila dimaklumkan Bed
Prasad Sharu, 23, mengenai penemuan berkenaan.

“Saya turun dari lori untuk memeriksa dan mendapati bayi lelaki cukup sifat itu terbaring atas tong sampah dengan hanya beralas surat khabar tanpa sebarang nota atau objek lain.

“Saya seperti mahu menangis melihat bayi yang memakai baju, seluar, sarung tangan dan kaki menggigil teruk walaupun ketika itu tidak hujan,” katanya.

Menurut Maideen, dia segera memaklumkan kepada pemilik rumah berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan selanjutnya.

“Saya bersyukur kerana bayi malang yang dianggarkan seberat dua kilogram (kg) itu masih bernyawa dan amat kesal dengan tindakan kejam ibu bapanya yang sanggup membuangnya begitu.

“Mujur bayi itu tidak dibuang di rumah kosong kerana sampah di premis berkenaan kebiasaannya tidak dikutip dan saya tidak dapat bayangkan apa terjadi kepada bayi terbabit,” katanya.

Pemilik rumah berkenaan, Ng Ah Moy, 68, berkata, dia sedang berehat, terkejut apabila terdengar teriakan seseorang dari luar rumahnya.

“Sejurus keluar, saya dimaklumkan penemuan itu dan melihat jiran berdekatan sedang mendukung bayi malang terbabit sebelum sepasukan anggota polis tiba.

“Selain terkejut, saya yang menetap di sini sejak empat tahun lalu bersama anak dan menantu, sedih dengan kejadian ini. Kejam sungguh mereka yang tergamak membuang bayi tidak berdosa itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya menahan wanita warga asing berusia 20-an di sekitar lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Penahanan dilakukan hasil penelitian rakaman CCTV rumah berdekatan lokasi bayi itu dibuang,” katanya.

Bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.

Perkara itu mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Zainab Nasir. Janganlah mengulangi kesilapan orang lain.


Sama-samalah kita muhasabah. Perlu ke kita korbankan hidup untuk sesuatu yang tidak pasti? Sedangkan Allah menjanjikan sesuatu yang pasti iaitu syurga, dengan syarat buat apa yang Dia suruh, tinggal apa yang Dia larang. Apa yang Allah suruh? Apa yang Allah larang? Adik-adik perlu tahu semua tu.

Wallahualam.

My Mother

Sambil-sambil belajar English, sambil-sambil menghayati lirik nasyid ni, sambil-sambil berhibur. Cuba adik-adik kenangkan semula pengorbanan mak kita sejak kita dilahirkan sehingga ke hari ini.

Apakah kebaikan kita hari ini mampu membalas segala pengorbanan ibubapa kita sejak kita dilahirkan ke dunia ini? Sejak kita hanya pandai menangis, sejak kita perlu didukung setiap hari, sejak kita tidak pandai berkata-kata, sejak kita terpaksa pakai pampers, SEHINGGA ke hari ini, kita pandai segala-galanya, bahkan menentang mereka juga sebahagian daripada KEBANGGAAN kita.

Nauzubillah. Moga adik-adik tergolong dalam golongan yang sentiasa menjaga hati ibu dan ayah, menggembirakan hati mereka, dan menghormati mereka tak kira waktu.

My Mother

Who should I give my love to
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
My mother

Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your head
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears
Knows your fears
Who really cares
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

Wallahualam

Guru rogol murid ditahan polis

Adik-adik, berhati-hatilah. Jagalah aurat kita, jagalah tingkah kita, jagalah pergaulan kita. Jika ada yang bercinta, janganlah sehingga sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan kepada mereka. Tanda-tanda lelaki itu benar-benar ikhlas mencintai kita, dia tidak akan berani menyentuh kita.

Semoga kita sama-sama usahakan agar diri kita tidak terjerumus ke lembah maksiat yang cukup azab di akhirat kelak. Nauzubillah.

Guru rogol murid ditahan polis (5/7)
Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.

Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.


Wallahualam.



Followers