REMAJA - Radikal, Emosional, Manja, Aktif, Jaguh dan Agresif adalah antara sifat-sifat menonjol remaja. Remaja juga merupakan harapan kepada negara; bakal mencorakkan masa depan negara. Banyak dibicarakan tentang keruntuhan akhlak dan sosial remaja; namun kurang dibicarakan tentang sebahagian besar remaja yang berjaya mencorak kehidupan apabila dewasa. Negara perlu membentuk remaja, modal insan yang cukup berharga ini. Remaja mampu memimpin remaja. Remaja mampu dilonjakkan potensinya ke tahap gemilang kiranya pendekatan dan pendidikan yang menyeluruh diaplikasikan dalam bentuk akal, jasad dan roh.

Fasilitators

Salam.


Perhatian kepada semua ALUMNI Program Keindahan BersamaMu, anda dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada team kami. Tawaran ini terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi FASILITATOR bagi program-program KRJ daerah Batu Pahat. Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Berumur 17 tahun keatas
  • Pernah menjadi peserta KBM (jika belum, masih boleh dipertimbangkan mengikut lain-lain kriteria)
  • Mencintai Islam dan berpenampilan Islamik (menutup aurat dengan sempurna)
  • Ceria dan peramah (jika tidak, masih boleh dilatih)
  • Mudah bekerjasama dan bertoleransi
  • Sedia membantu dan dibantu
  • Sentiasa ingin melakukan perubahan untuk diri dan orang lain
  • Sanggup bekerja secara sukarela dan ikhlas kerana Allah SWT


Jika anda telah memenuhi kriteria-kriteria diatas, TAHNIAH! andalah yang kami cari untuk bersama-sama melaksanakan tugas mulia ini. Sila isikan borang Pendaftaran Fasilitator dan hantar kepada kami dengan segera. InsyaAllah, jika tiada sebarang masalah, anda akan dihubungi dan dimaklumkan tentang jadual KBM serta akan dijemput untuk membantu sebagai fasilitator.


Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih buat anda kerana sudi bersama-sama TEAM KBMKL. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas jasa dan budi baik kalian.. Moga ianya diterima sebagai amal kebajikan kita untuk bekalan dihari akhirat kelak. Ameen..



Followers