Disini kami paparkan beberapa komen daripada peserta-peserta. Walaupun kebanyakan komen adalah positif, tetapi kami tidak mampu untuk paparkan kesemuanya. Jadi, hanya beberapa yang terpilih saja kami kongsikan bersama pembaca. Harap adik-adik yang lain tidak berkecil hati! Boleh email kami di krj.batupahat[at]gmail.com jika ingin memberi komen/cadangan dan kami akan paparkan di muka utama.
SMK Datuk Menteri
1. - Saya rasa amat bersyukur and rasa beruntung sebab dapat menyertai program KRJ ni
- Saya harap program ini akan dapat diteruskan bagi menyedarkan murid-murid yang lemah diluar sana selain kami
- Saya suka dengan akak-akak yang ada semasa aktiviti dijalankan
- Program ini dapat menyedarkan saya, apa itu erti kehidupan yang sebenar. Takkan saya lupakan kenangan-kenangan ini
- Harap juga program ini dapat diteruskan untuk menyedarkan orang lain
- Sekian
2. - Saya merasa gembira sepanjang program ini kerana mendapat banyak pengalaman. Selain itu saya dapat berjumpa dengan akak fasi yang banyak membantu saya dalam melakukan sesuatu
- Saya banyak mendapat pengajaran dalam menyertai program ini dan akan mengamalkan apa yang diajarkan
- Rasa gembira tidak terhingga kerana bukan senang untuk menyertai program ini
- Harap dapat diadakan lagi program seperti ini
3. Saya bersyukur sebab jadi manusia bertuah join. Mula-mula tak dapat agak program ni macamana. Mula-mula gak rasa program ni biasa-biasa je. Slot-slot awal yang dijalankan saya dah rasa suka. Slot inteam buat saya terlalu gembira. Tak pernah rasa macamni. Terima kasih sebab buat saya rasa macamni. Saya tak pernah nangis untuk kawan tapi KRJ dah buat saya menangis. Saya dapat rasakan silaturrahim dengan kawan jadi lagi erat. Thanks a lot! Slot malam lagi seronok! Betul-betul menyedarkan saya, saya bersyukur sangat! Saya dah sedar, ibu adalah harta saya yang paling berharga setelah ayah meninggal dunia. Terima kasih KRJ!
SMK Syed Esa
1. - Fasilitator yang sangat baik
- Program ini patut diteruskan
- Tingkatkan aktiviti riadhah (menarik)
- Slot meniti angin malam yang sangat menarik
- Aktiviti yang sempoi dan bersahaja
- Insyaallah join KRJ
- Semoga berjaya
- Berpuas hati
- Best
2. Saya sangat gembira kerana dapat menyertai program ini. Saya mengaku, saya bukanlah anak yang baik. Saya amat berharap dapat menyertai program seperti ini lagi. Saya berharap KRJ terus maju ke hadapan. Program-program.slot-slot yang disediakan sangat menarik. Jika ada umur yang panjang, saya ingin menyertai KRJ.
Kepada kakak-kakak dan abang-abang yang bersama kami selama 2 hari 1 malam ini, terima kasih saya ucapkan. Saya sangat terhibur dengan cara kakak dan abang mengacar setiap slot yang disediakan.
Saya doakan KRJ terus maju!
Kembali :)
9 years ago