Dunia adalah jambatan untuk kita menuju ke negeri Akhirat. Dunia bagaikan suatu ladang untuk kita menanam dan menuai sesuatu yang boleh dijadikan bekalan kita di akhirat kelak. Di akhirat nanti adalah tempat untuk kita memungut hasil apa yang kita tanam di atas muka bumi yang fana’ ini.
Seperti kita mengusahakan ladang atau tanaman. Banyak halangan dan cabaran yang patut di tempuhi. Setiap tanaman pasti ada serangga perosaknya. Serangga perosak kadang kala menjadikan tanaman kita rosak dari luaran lagi. Tetapi yang paling bahaya serangga perosak yang merosakkan dari dalaman tetapi luaran tanaman cantik dan bersih. Ini yang bahaya.
Kita bercucuk tanam mengikut garis panduan penanaman yang efektif. Tetapi jika kita hendak menyelesaikan masalah serangga perosak itu dengan senang banyak cara. Segelintir antara kita ada yang menggunaka racun perosak dan bahan kimia yang keterlaluan sehingga mengenepikan panduan yang sepatutnya. Dan ada di antara kita menggunakan cara tradisional dengan cara mencari punca di mana datangnya serangga perosak tersebut dengan mencari puncanya.
Hasilnya penanaman yang mengunakan bahan kimia yang banyak akan menghasilkan tanaman yang bersih. Tetapi kandungan itu telah sebati dengan hasil tanaman yang di tanam. Ini meyebabkan si pemakan akan mendapat penyakit yang bahaya.
Analoginya, tanaman adalah cara hidup kita, racun serangga sebagai cabaran hidup dan rintangan manakala bahan kimia adalah cara pendek untuk mendapatkan habuan atau hasil yang cepat tetapi ia telah mengenepikan cara yang sepatutnya di ikuti.
Begitulah kita di atas dunia, perjalanan hidup banyak rintangan untuk mendapatkan hasil hidup yang lumayan. Kadang kala kita banyak menggunakan jalan yang singkat untuk mengecapi kejayaan. Method yang kita guna kadang kala telah tersasar dengan ajaran Al-Quran dan Assunnah. Ini menyebabkan tanpa kita sedari telah menjadi kufur terhadap Allah. Kekufuran tidak dapat dilihat lagi setelah banyak kemewahan yang telah dikecapi malahan kita akan berasa tidak puas dengan apa yang ada.
http://mujahadahinsaniah.blogspot.com
http://mujahadahinsaniah.blogspot.com
1 comments:
December 16, 2010 at 9:01 AM
Jadi jom kita pilih nak guna racun yang membahayakan 'kesihatan' iman kita atau untuk lawan dengan cara conventional (solat awal waktu, tahajjud, berziarah, study semua kerana Allah).
The choice is in your hands.
Post a Comment