REMAJA - Radikal, Emosional, Manja, Aktif, Jaguh dan Agresif adalah antara sifat-sifat menonjol remaja. Remaja juga merupakan harapan kepada negara; bakal mencorakkan masa depan negara. Banyak dibicarakan tentang keruntuhan akhlak dan sosial remaja; namun kurang dibicarakan tentang sebahagian besar remaja yang berjaya mencorak kehidupan apabila dewasa. Negara perlu membentuk remaja, modal insan yang cukup berharga ini. Remaja mampu memimpin remaja. Remaja mampu dilonjakkan potensinya ke tahap gemilang kiranya pendekatan dan pendidikan yang menyeluruh diaplikasikan dalam bentuk akal, jasad dan roh.

Guru rogol murid ditahan polis

Adik-adik, berhati-hatilah. Jagalah aurat kita, jagalah tingkah kita, jagalah pergaulan kita. Jika ada yang bercinta, janganlah sehingga sanggup menggadaikan maruah dan kehormatan kepada mereka. Tanda-tanda lelaki itu benar-benar ikhlas mencintai kita, dia tidak akan berani menyentuh kita.

Semoga kita sama-sama usahakan agar diri kita tidak terjerumus ke lembah maksiat yang cukup azab di akhirat kelak. Nauzubillah.

Guru rogol murid ditahan polis (5/7)
Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my


KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan.

Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain.

Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu.

Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.


Wallahualam.

0 comments:



Followers