REMAJA - Radikal, Emosional, Manja, Aktif, Jaguh dan Agresif adalah antara sifat-sifat menonjol remaja. Remaja juga merupakan harapan kepada negara; bakal mencorakkan masa depan negara. Banyak dibicarakan tentang keruntuhan akhlak dan sosial remaja; namun kurang dibicarakan tentang sebahagian besar remaja yang berjaya mencorak kehidupan apabila dewasa. Negara perlu membentuk remaja, modal insan yang cukup berharga ini. Remaja mampu memimpin remaja. Remaja mampu dilonjakkan potensinya ke tahap gemilang kiranya pendekatan dan pendidikan yang menyeluruh diaplikasikan dalam bentuk akal, jasad dan roh.

Sekolah untuk wanita mengandung....Adakah releven?

بسم الله الرمن الرحيم دان السلام عليكم
kepada pembaca setia blog KRJ batu Pahat harap adik-adik, pakcik pakcik, pramugari dan pramugara yang ana kasihi semoga ukhwah berkekalan di atas jalan yang di redhai. Iman mendorong seseorang itu berfikir membuat segala perlakuan sebab itulah di dalam di definisi iman ialah ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan membuktikan dengan amalan. namun begitu dalam isu remaja sekarang ana kurang pasti kita ini adakah kurang iman atau tiada iman? dan inilah yang menimbukan kerisauan anatara kita. Oleh itu ana begitu terkejut kerana ada pihak ingin membuat sekolah untuk pelajar-pelajar yang mengandung...Baca lah artikel di bawah dan ana harapkan feedback dari anda semua..

MELAKA - Kerajaan negeri Melaka semalam mengemukakan cadangan menubuhkan sekolah khas untuk pelajar mengandung, sama ada mengandung hasil perkahwinan sah atau menerusi perhubungan luar nikah, bagi mengatasi gejala pembuangan bayi sekaligus menyelesaikan isu keciciran dalam pelajaran.


Jika menjadi kenyataan, sekolah itu akan menerima pelajar dari seluruh negara.


Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, cadangan penubuhan sekolah itu akan dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran untuk pertimbangan.


"Kami serius mengenai cadangan ini, jika kementerian tak setuju, kami sendiri akan mengusahakan penubuhannya,'' ujar beliau selepas merasmikan Sekolah Rendah Arab (SRA) Jabatan Agama Islam (JAIM) Batang Tiga Timur di sini semalam.


Mohd. Ali berpendapat adalah lebih baik remaja yang mengandung mempunyai saluran meneruskan persekolahan daripada berhenti dan seterusnya tercicir dalam pelajaran.


Beliau bagaimanapun tidak mahu cadangan itu disalah tafsir sebagai galakan untuk remaja berkahwin atau hamil anak luar nikah.


"Apa yang penting kita nak selesaikan masalah remaja berzina dan selepas itu mereka buang bayi,'' katanya.


Bagi membantu remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin, beliau turut mengumumkan pemberian insentif RM500 kepada mereka untuk membantu urusan perkahwinan.


"Perkara ini telah dibincangkan bersama MAIM (Majlis Agama Islam Melaka) dan diluluskan pada mesyuarat Exco dua bulan lalu," katanya.

1 comments:

  Kay J

July 30, 2010 at 12:40 AM

aduh.

motif? bagaimana dengan cara ini boleh mengurangkan kes pembuangan anak? diorg kena terangkan tu sepatutnya.



Followers