REMAJA - Radikal, Emosional, Manja, Aktif, Jaguh dan Agresif adalah antara sifat-sifat menonjol remaja. Remaja juga merupakan harapan kepada negara; bakal mencorakkan masa depan negara. Banyak dibicarakan tentang keruntuhan akhlak dan sosial remaja; namun kurang dibicarakan tentang sebahagian besar remaja yang berjaya mencorak kehidupan apabila dewasa. Negara perlu membentuk remaja, modal insan yang cukup berharga ini. Remaja mampu memimpin remaja. Remaja mampu dilonjakkan potensinya ke tahap gemilang kiranya pendekatan dan pendidikan yang menyeluruh diaplikasikan dalam bentuk akal, jasad dan roh.

KBM bersama SDBL

Assalamu’alaikum wbt semua,

Alhamdulillah bersyukur pada Ilahi kerana krew Kelab Remaja JIM daerah Batu Pahat berjaya melaksanakan KBM di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bentara Luar (SDBL) dengan jayanya selama dua hari pada 31.7.2010 dan 1.8.2010. Bilangan peserta seramai 102 orang dari para pelajar tingkatan 2 tahun 2010.

Slot pertama yang membuka tirai adalah slot KMKY. Seperti biasa adik-adik Kasih dan Sayang di alu-alukan dengan aktiviti menarik oleh abang Haziq dan abang Wafa sebagai pengendali slot ini. Seterusnya abang-abang dan kakak-kakak fasi memperkenalkan diri masing-masing dengan gaya tersendiri supaya lebih dekat lagi dengan adik-adik Kasih dan sayang.

Kemudian adik-adik disajikan pula dengan slot Army Yell. Adik-adik Kasih dan Sayang seperti program-program di tempat lain masih lagi malu-malu dengan pengendali dan para fasilitator ketika didalam kumpulan. Alhamdulillah, sifat itu akhirnya dapat dikawal dengan baik oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi. Antara team yang menarik adalah daripada kumpulan anti-Israel bersama fasi Abang Wafa.

Usai zuhur berjemaah, adik-adik telah bersuka-ria dalam slot 'Explorace' bersama kakak-kakak dan abang-abang fasi. Sebanyak 5 'checkpoint' yang perlu di lalui untuk menamatkan permainan kali ini. Masing-masing berusaha untuk menjadi pasukan terbaik seterusnya menjadi juara.

Kini tibalah masa untuk meregangkan badan dengan sedikit Riadhah selepas solat asar. Adik-adik kasih bersama kakak-kakak fasi dan adik-adik sayang bersama abang-abang fasi. Bersemangat sungguh adik-adik. Habis badan di simbahi peluh!

Selepas solat maghrib, adik-adik di beri suntikan rohani melalui sesi tazkirah yang disampaikan oleh abang Fadhli dan diikuti dengan solat Isyak berjemaah.

Aktiviti malam diteruskan dengan slot Meniti Angin Malam oleh ustazah Khadijah. Satu sesi muhasabah diri untuk peringatan bersama buat semua, adik-adik Kasih dan Sayang dan juga kakak-kakak dan abang-abang fasilitator serta beberapa orang guru yang sudi bersama.

Hari ke-2, adik-adik di sajikan dengan santapan rohani berbentuk bacaan maathurat usai solat subuh berjemaah. Sekali lagi abang Fadhli mengetuai bacaan maathurat bersama adik-adik SDBL. Hujan yang turun dengan lebat memberi rahmat buat adik-adik Kasih dan Sayang didalam zikir mereka, InsyaAllah. Alhamdulillah adik-adik SDBL memang mantap, mereka mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan bacaan pagi itu berjalan dengan lancar. Tahniah adik-adik semua!

Seterusnya slot MKMS bersama Pak Chu dan Kini & Hijrah yang dikendalikan oleh Mak Uda telah dijalankan serentak ditempat yang berlainan. Sesi ini berakhir selepas adik-adik Kasih dan Sayang dalam slot Kini & Hijrah dipertemukan dengan ibu bapa masing-masing. Kakak-kakak dan abang-abang fasi turut menghayati sesi pertemuan ini sehingga ada yang mengalirkan air mata sebak dengan tangisan si anak dan si ibu. Semoga anak-anak ini berusaha untuk menjadi anak yang baik dan diredhai oleh Allah selalu. Ibu bapa pula harus terus membimbing dan menasihati anak-anak agar tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah. Kerjasama para ibu bapa memberangsangkan lagi slot ini dengan penuh penghayatan dalam sesi luahan perasaan.



Akhir kata dari pihak pengendali dan krew KRJ yang lain, kami ucapkan jutaan terima kasih terutama kepada pihak sekolah yang meletakkan kepercayaan penuh kepada kami mengendalikan program KBM di Sekolah Dato' Bentara Luar. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat sencara langsung atau tidak di dalam memastikan program kali ini berjalan dengan baik. Jazakumullah khairan kathira.

Prepared by: Kak Bar

Edited by: Kak Kay

2 comments:

  srijuju95

August 19, 2010 at 10:12 PM

skolah saya ! haha . :D

  Anonymous

August 22, 2010 at 10:58 PM

huhuhu bila lah gambar ihkwah krj nak masuk kan? hehehe



Followers