Assalamualaikum pembuka bicara.
Apa khabar adik-adik Kasih & Sayang hari ni? Macamana dengan amalan sepanjang bulan Ramadhan setakat ni? Ada pembaikan berbanding Ramadhan yang lepas? Insyaallah, kami harap makin bertambah iman kita, bahkan amalan-amalan yang terlaksana akan bernilai disisi Allah kelak.
Alhamdulillah, adik-adik telah menjalani KBM mungkin baru saja tahun ini. Mungkin tahun lepas. Atau mungkin dah lama melalui KBM tetapi lost contact dengan krew KRJ Batu Pahat. Jadi, apa kata kita reunion semula hujung minggu ni?
Keindahan Bersamamu Ramadhan
Muqaddimah
Sempena menyambut kehadiran Ramadhan kali ini, kami ingin bersama-sama mengajak adik-adik yang pernah bersama-sama dengan krew KRJ di dalam program Keindahan Bersama Mu untuk sekali lagi merapatkan ukhuwah sesama kita.
Bahkan kami ingin menemukan adik-adik dari seluruh sekolah daerah Batu Pahat untuk berkenalan dan berkongsi pengalaman di dalam bulan yang mulia ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh barakah untuk sama-sama kita meningkatkan kualiti amalan. Jadi, kami disini ingin membantu adik-adik merebut bermacam-macam ganjaran Ramadhan di dalam program Keindahan Bersamamu Ramadhan kali ini.
Objektif
Menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadah di kalangan remaja
Memakmurkan bulan ramadhan dengan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian
Mempertingkatkan ukhuwwah di kalangan remaja dari pelbagai sekolah
Menghayati kehidupan golongan yang kurang berkemampuan ketika Ramadhan
Mengajak remaja dan ibu bapa sentiasa mengimarahkan masjid
Anjuran
Kelab Remaja JIM (KRJ) Batu Pahat
IKRAM daerah Batu Pahat
Masa dan Tempat
21/8/2010 jam 4 petang sehingga 22/8/2010 jam 10 pagi
di Masjid Riyadhus Solihin Parit Raja
di Masjid Riyadhus Solihin Parit Raja
Aktiviti-aktiviti
X-Paq
Iftar Remaja
Bersamamu Palestin
Tilawah AQ
Qiyamullail
J2-KROS
Hubungi kami
- Mak Uda/ Cikgu Yati 0197100614
- Mak Cu/ Cikgu Rozita 012-7393765
- Kak Kay 0137716445
- Kak Asma' 0177152390
Jika adik-adik berminat untuk sertai, bolehlah hantarkan mesej kehadiran kepada kami seperti nombor-nombor yang tertera diatas. Semoga kehadiran adik-adik akan memeriahkan lagi masjid dan bulan yang penuh barakah ini.
0 comments:
Post a Comment