Assalamualaikum wbt
Maaf-in kerana sangat---- sangat lambat berkongsi entry mengenai KBM yang telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Ismail pada 17&18 Julai. Santunan kami adalah 87 orang adik-adik kasih dan sayang tingkatan 6 atas yang bakal menduduki peperiksaan STPM hujung tahun ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan kerjasama yang MANTOP dari adik-adik kasih dan sayang STI ^_^
Knowing Me Knowing You (KMKY)
Alhamdulillah. Slot KMKY sebagai pembuka tirai pagi Sabtu itu dengan meriah dengan telatah abang Fadhli sebagai pengendali. Adik-adik kelihatan ceria dan memberi respon yang cukup LUAR BIASA. Siapa tak kenal STI kan? Pelbagai aktiviti menarik yang ringkas dan penuh makna sehingga tak kering gusi adik-adik tersenyum, tergelak, termacam-macam lagi. Tak lupa juga sesi perkenalan yang gempak oleh kakak-kakak dan abang-abang fasi yang sememangnya gemar bergurau-senda bersama adik-adik Kasih dan Sayang.
Army Yell
Sesi Army Yell yang sempoi dan santai dikendalikan oleh Abg Fadhli dengan persembahan dari pelakon-pelakon berwibawa STI :) ada yang menyanyi, ada penunggu gua yang beriman, ada yang sopan santun, yang lebih mengkagumkan kami apabila ada yang terbang-terbang!~ Subhanallah!! adik2 STI memang kreatif dan inovatif! "Apa yang penting? REDHA ALLAH!!"
INTEAM
Sesi INTEAM telah menyebabkan tergugurnya banyak air mata kerana kasihkan sahabat... ada sahabat2 yang selama ini buat baik sama2, buat nakal sama2... akhirnya sama2 menginsafi diri, memohon maaf dan menanam azam baru untuk menjadi soleh wa musleh. Sahabat sejati yang susah payah dicari rupa-rupanya di sebelah kita. Istimewanya INTEAM kali ini, fasi2 turut ber'INTEAM'. Semoga ukhwah yang terjalin berpanjangan hingga ke syurga. Jazakallah khair kathiro Abg Fadhli.
Riadhah Kubro (Girls Only)
Riadhah kali ni kami mulakan dengan Game 1,2 Tepuk!! Game yang pertama kali dimainkan di sepanjang KBM2 yang telah dijalankan oleh Team BP ^_^! Game yang diimport dari Jepun ini telah mencabar ketangkasan mengira adik2kasih dan ternyata kebanyakan mereka memang tangkas dan cekap mengira! EXCELENTE!~ sehinggalah game terpaksa diberhentikan kerana susah nak kalahkan mereka ^_^. Game kedua dinamai Dong-dong ataupun hidung ke hidung. Fuh! Game ni memang akak2 satute adik2kasih... mereka berjaya pass gelang getah menggunakan hanya hudung (ada juga yang guna pipi!) sehingga adik yang paling belakang. Masya'allah! Memang MANTOP! akak2 pun belum berjaya buat heheh insya'allah kami akan practise untuk KBM seterusnya ^^. Seterusnya, atas permintaan kami bermain satu lagi game i.e. Game Arnab, Pokok & Serigala. Buat pertama kali dalam sejarah game ni, serigala mogok kerana arnab dan pokok yang tersangatlah AKTIF! Sampai pening kepala para serigala. Heheh ini membuktikan adik2kasih upper 6 STI 2010 memang boleh capai 4 principal dalam STPM amiin.
Selepas siap2kan diri kami solat maghrib dan membaca ma'thurat berjamaah untuk memohon perlindungan Allah SWT dari sebarang gangguan yang tidak diingini. Diharapkan adik2 terus mengAMALkan dzikir ma'thurat setiap hari.
Meniti Angin Malam (MAM)
Sesi malam dimulakan dengan menghayati perkara yang paling penting dalam kehidupan kita i.e Allah SWT, Rasulullah s.a.w dan Ibubapa. Allah SWT zat yang Menciptakan kita layak untuk disembah dengan cara yang terbaik, dengan akhlaq yang terpuji, dengan ibadah yang kusyuk. Bukan dengan merosakkan diri, berbuat atas dorongan nafsu jahat, merasa diri milik peribadi sedangkan Allah SWT yang Memberikan semua nikmat yang kita pinjam sekarang ni. Sebelum tidur, ingatlah dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan, dan kepada siapa kita akan dikembalikan. Muhasabah diri sebelum dihimpit di dalam kubur yang busuk dan gelap. Persiapkan amalan kita sebaik2nya, jangan dipersiakan masa yang ada.
Kita juga dapat lihat bagaimana kesungguhan Rasulullah dan para sahabat "LAILAHAILLALLAH". Bilal, keluarga Yasir dan ramai lagi sahabat sanggup menempuhi siksaan yang berat hanya semata2 kerana kalimah yang ringan di bibir ini... KENAPA?? kerana azab Allah SWT lebih berat dan dahsyat dari manusia. Kerana mereka yakin dengan janji Allah SWT buat mereka yang sabar dalam menempuhi ujian dunia. Kerana mereka mencintai Allah dan Allah juga mencintai mereka. Sepertimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 54 yang bermaksud: mempertahankan kalimah
"Wahai orang-orang yang beriman! Barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, DIA mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui."
Penghayatan diteruskan dengan menghayati kepentingan dua insan yang telah melahirkan kita ke dunia dengan izin Allah SWT. Ibu ayah, mama papa, mak abah, ummi abi.. apa pun panggilan kita merekalah yang memperkenalkan kita dengan dunia. hayati firman Allah dalam surah al-Isra' ayat 23 yang bermaksud:
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu
jangan menyembah selain dari Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik."
MKMS & Kini dan Hijrah
Segala curahan tenaga dan harta tidak terasa apabila anak yang ditatang bagai menyak yang penuh akhirnya menjadi anak yang soleh dan musleh. Ibu ayah tidak mengharapkan apa pun selain kebaikan untuk anak2. Bayangkan betapa nakal, degil atau keras kepalanya kita ibu ayah tetap memberikan kasih sayang. Secara jujurnya akak memang tak tahan melihat ibu ayah menangis. Jadi, adik-adikku hargailah mereka sementara keduanya masih ada.
Akhir kalam, hiduplah untuk memberi dengan sebanyak-banyaknya dan bukan untuk menerima dengan sebanyak-banyaknya.
-Kak Asma'-
KBM STI '10
Edited by: Kak Kay
0 comments:
Post a Comment